Dulu, pada zaman permulaan pemerintahan Melayu Melaka terdapatnya sebuah rumah yang usang terletak di hujung kampung. Kampung ini yang didiami oleh penduduk yang pelbagai amat takut untuk ke rumah tersebut.Kata mereka rumah ini berpuaka dan berhantu. Ada yang menjadikan rumah ini tempat untuk pemujaan dan penyembahan. Ada juga yang melarang anak-anak mereka pergi ke sana. Takut jika mereka pergi, mereka akan diculik nenek kebayan kerana khabarnya ada yang melihat nenek tua dan anak kecil di situ.
Tapi penduduk ini tidak ketahui bahawa dua beranak yang mendiami rumah tersebut hanyalah manusia seperti mereka. Mereka baru hendak menegur penduduk kampung namun tetapi penduduk sudah bersedia dengan batu dan kayu di tangan mereka. Mereka takut akan wajah menyeramkan dan hodoh si tua ini. Mereka rasakan bahawa dua beranak ini adalah keturunan Iblis dan Syaitan. Sampai suatu masa, si tua ini mendapat panggilan dari Ilahi. Si anak kecil lari meminta bantuan dari penduduk kampung namun penduduk kampung pula yang lari kerna takut akan sumpahan yang dibawa si kecil ini. Maka menangislah si kecil ini sendirian di situ.
Setibanya di rumah, si kecil melihat si tua meninggal dunia. Maka makin menangislah si kecil ini. Ia terus berlari semula dengan tangisan air mata meminta bantuan pada yang berilmu di kampung agar dikebumikan si tua ini. Namun sedih yang ia dapat kerna bukan saja dimaki dan dicaci malahan jua ia dibaling dengan batu dan kayu. Berlutut ia seperti pengemis agar dibantu dikebumikan si tua yang sudah meninggal ini. Tiada kata yang disahut kembali.
Hujan turun dengan lebatnya, namun si kecil ini tetap setia di rumah menemani si tua yang sudah pergi. Petir menyabung dengan galaknya di hitamnya langit. Dan begitulah petir yang teramat kuat memanah rumah si kecil ini dan matilah mereka dua beranak di situ tanpa seapapun yang tahu...
No comments:
Post a Comment